Sunday, 14 August 2016

MENGENALI GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI

Konsep Gaya Pembelajaran

Pembelajaran ialah kebolehan seseorang mengambil maklumat , mengekod dan mengfailkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila digunakan  Menurut Dr Ragbir Kaur Joginder Singh(2012), gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam meperolehi pengetahuan. Gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Selain itu, terdapat beberapa pendapat lain mengenai konsep gaya pembelajaran.
Menurut Dunn & Dunn (1981) dalam buku Learning Style Inventory Development and Research, sesetengah individu dapat belajar dengan amat berkesan dalam keadaan yang sejuk, senyap dan teratur. Ada pula yang hanya boleh belajar dengan adanya muzik. Menurut Peterson (1979) & Steward (1981), gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan pengajaran digemari oleh seseorang pelajar. Ada pelajar yang gemar cara belajar sendiri. Menurut Honey & Munford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang itu gemar pengalaman yang baru, menjalankan refleksi, mencuba idea-idea baru atau bersifat objektif. Dengan itu, jelaslah gaya pembelajaran berkaitan dengan pengalaman seseorang. Manakala Steward & Felicetti (1992) pula mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai “keadaan pendidikan di mana murid-murid boleh belajar”. Oleh itu, gaya pembelajaran tidak menekankan kepada apa yang dibelajari tetapi menekankan bagaimana cara seseorang itu belajar.
 Gregorc (1979) pula mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang individu apabila menggunakan mindanya untuk berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses maklumat daripadanya. Garger (1985) menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran yang tersendiri. Warisan baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pembentukan gaya pembelajaran seseorang. Slavin (1994) mengaitkan personaliti dengan gaya pembelajaran dan menyatakan: “Sebagaimana pelajar-pelajar mempunyai personaliti yang berbeza-beza, sama-sama juga mereka mempunyai pelbagai cara belajar.”
Konklusinya gaya pembelajaran merupakan kaedah belajar seseorang individu yang bertindak dengan persekitarannya dalam memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat dan ilmu pengetahuan yang diingini. Gaya pembelajaran terbukti merupakan hasil gabungan faktor-faktor individu sendiri seperti jantina, umur dan personaliti, di samping pengaruh-pengaruh warisan baka dan persekitaran, iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan sekolah.



Rangsangan Persekitaran

Cahaya
Kadar terangnya cahaya merupakan faktor penting yang mempengaruhi gaya pembelajaran setiap individu. Misalnya, ada yang suka belajar dengan lampu terang benderang: ada yang suka belajar dengan cahaya yang sederhana terang sahaja. Secara amnya, tidak ramai orang suka belajar di bawah cahaya yang malap atau terlalu terang.

Bunyi
Jenis bunyi pula menghasilkan gaya pembelajaran yang beraneka jenis. Misalnya, terdapat pelajar yang suka belajar dengan bunyi muzik atau di tempat yang ada siaran radio atau televisyen. Sebaliknya, terdapat pelajar yang hanya boleh menumpukan perhatian terhadap pembelajarannya dalam keadaan yang senyap sunyi dan tenteram.

Suhu
Biasanya, suhu yang sejuk dan nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Ramai pelajar tidak suka belajar  di bawah cuaca panas tanpa atau berhawa dingin.

Reka bentuk tempat belajar
Reka bentuk tempat belajar, misalnya susunan meja-kerusi dalam bilik darjah yang selesa juga boleh mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Keselesaan tempat duduk dapat mengurangkan keletihan pelajar dalam sepanjang masa persekolahan. Maka, ramai pelajar suka belajar di tempat duduk yang sesuai dengan gaya duduk tersendiri.

Rangsangan Emosi
 Motivasi
Motivasi biasanya dibahagikan kepada motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Pelajar yang mempunyai motivasi intrinsik yang kuat biasanya suka belajar dengan inisiatif sendiri. Manakala, pelajar yang bergantung motivasi ekstrinsik hanya boleh belajar mengikut arahan yang berstruktur daripada guru.
Keazaman dan Tanggungjawab
Sikap keazaman dan tanggungjawab pula dapat mempengaruhi gaya pembelajaran. Pelajar yang mempunyai sikap keazaman dan tanggungjawab akan mengambil inisiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang. Manakala, pelajar yang urang berazam dan kurang bertanggungjawab hanya dapat belajar dalam tempoh masa yang singkat, dan memerlukan masa rehat sebelum meneruskan proses pembelajarannya. 

Rangsangan Sosial

Belajar Sendiri
Terdapat pelajar yang suka bersendiri, jadi gaya pembelajarannya juga perseorangan iaitu dia suka belajar diri sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping dan ganggunya semasa belajar.

Belajar dengan Pasangan Karib
Pelajar yang mempunyai pasangan karib yang sentiasa belajar bersama dengannya boleh memperolehi lebih banyak kemajuan melalui interaksi dua hala.

Belajar Berkumpulan
Belajar bersama-sama dengan rakan sebaya, kumpulan atau pasukan adalah merujuk kepada pembelajaran secara berkumpulan. Gaya pembelajaran ini merangkumi ciri perbincangan, sumbangsaran dan kerjasama yang melibatkan diri dalam permainan, pertandingan atau menjalankan sesuatu projek.

Belajar dengan Orang Dewasa
Orang dewasa juga boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang pelajar, khasnya orang dewasa yang disanjungi. Pelajar yang suka belajar dengan orang dewasa yang disanjung akan bersempat mengemukakan soalan-soalan tentang masalah yang dihadapi semasa belajar. Bimbingan orang dewasa, misalnya ibu bapa bukan sahaja dapat membantunya menyelesaikan masalah masalah pembelajaran yang dihadapinya tetapi juga dapat meningkatkan semangat serta keyakinannya terhadap pembelajaran. 

Rangsangan Fisiologi

Persepsi
Pelajar biasanya memperoleh maklumat atau pengalaman melalui persepsi visual, auditori ataupun  kinestetik-tactile. Pelajar yang mempunyai persepsi visual yang tajam, dia akan suka belajar dengan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, graf, gambar rajah, slaid, video, televisyen, komputer dan sebagainya. Bagi persepsi auditori yang baik pula, pelajar itu suka belajar dalam keadaaan yang ada suara latar belakang seperti siaran muzik dari radio atau kaset. Pelajar yang mempunyai kinestetik-tactile yang kuat dan cekap, dia suka belajar dengan cara menyentuh dan merasa. Gaya pembelajarannya diperlihatkan aktif dan tidak boleh duduk diam dalam tempat belajar bagi tempoh masa yang agak lama.

Pemakanan
Dari segi pemakanan pula, terdapat pelajar yang suka makan ataupun minum semasa belajar. Jika tidak dapat makan dan minum, pembelajarannya akan menjadi kurang seronok dan tidak berkesan.

Waktu Belajar
Pemilihan waktu belajar juga mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar itu. Kebiasaan, waktu pagi atau malam menjadi kesukaan pelajar kerana suasananya lebih segar, kondusif, nyaman dan tenteram saripada waktu petang. Ada juga yang suka beajar pada lewat malam kerana suasana yang senyap sunyi.


Rangsangan Psikologi





Jenis-jenis Gaya Pembelajaran

  Murnford dan Honey (1986)
a)    Aktivis
Gaya pembelajaran aktivis adalah orang yang melibatkan diri secara aktif dan agresif dalam aktiviti pembelajarannya. Golongan pelajar ini biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:
·         Mempunyai sikap tidak sabar dan tergesa-gesa
·         Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap perkara-perkara baru di alam sekitar
·         Bergerak pantas dan cepat membalas
·         Gemar mencari pengalaman baru dengan cuba jaya diri sendiri.
·         Penuh semangat, fleksibel dan berfikiran terbuka.
·         Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat dan sentiasa mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah sendiri.
·         Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
b)    Reflektif
Gaya pembelajaran reflektif ialah orang yang suka memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam sekitar. Mereka mempunyai idea sendiri, memerhati, menyoal siasat mentafsir, menilai serta membuat refleksi kendiri dengan kemahiran berfikir. Ciri-ciri gaya pembelajaran reflektif ialah:
·           Suka memikir perkara-perkara dalam alam sekitar diri sendiri.
·           Mempunyai kemahiran berfikir secara kirits dan kreatif.
·           Suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara, prinsip, keputusan atau projek serta membuat refleksi kendiri.
·           Suka mencari hakikat yang sebenar.
·           Sikap berhati-hati, berwaspada dan sentiasa memikirkan pelbagai pilihan dengan teliti.
·           Seseorang pendengar yang baik tetapi lambat bertindak balas.
·           Belajar dan membuat kerja secara sistematik.
·           Tidak terburu-buru membuat keputusan atau kesimpulan.
c)    Teoris
Gaya pembelajaran teoris ialah orang yang gemar menggunakan prinsip dan teori untuk membuat kesimpulan sesuatu perkara. Di antara ciri-ciri golongan pelajar ini ialah
·           Memiliki fikiran rasional dan logikal.
·           Mempunyai sikap berdisiplin serta bersifat objektif.
·           Kurang kreatif dan menitikberatkan penggunaan pemprosesan otak kiri.
·           Suka membentuk hipotesis, menguji hipotesis dan membuat kesimpulan berdasarkan bukti.
·           Suka mengesan sebab dan akibat sesuatu perkara yang berlaku.
·           Berminat mengkaji fenomena-fenomena yang berlaku dalam alam sekitar.
d)    Pragmatis
Gaya pembelajaran pragmatis ialah pelajar yang bersifat praktikal dan mementingkan hakikat yang sebenardaripada teori, hukum atau prinsip yang sedia ada. Mereka mengutamakan aplikasi teori, hukum dan prinsip sedia ada dalam situasi sebenar. Ciri-ciri gaya pembelajaran pragmatis ialah:
·           Bersifat praktikal dan berpijak di bumi nyata.
·           Mementingkan bukti dan hakikat yang sebenar sebagai objektif pembelajaran.
·           Percaya perkara yang dapat dilihat daripada mendengar.
·           Mengutamakan kegunaan dan penggunaan sesuatu perkara.
·           Lebih bersifat ekspresif daripada kreatif.
·           Suka membuat perbandingan.

 Gaya Pembelajaran Visual, Auditori, Kinestetik (VAK)
Gaya Pembelajaran Visual
·                  Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku di papan hitam atau paparan komputer.
·                  Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.
·                  Murid “visual” tidak memerlukan penerangan lisan seperti “auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.
·                  Murid “visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu.
Gaya Pembelajaran Auditori
·                  Murid auditori belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan.
·                  Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
·                  Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.
Gaya Pembelajaran Kinestetik
·                  Murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah.
·                  Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus melalui hands-on.

  Gaya Pembelajaran Bloom

·                  Kognitif adalah satu pengelasan yang menerangkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan akal fikiran seperti contoh satu pengetahuan yang diketahui, dan kemudiannya pelajar dapat menterjemahkan dengan penghuraian dan kefahaman sendiri, mengaplikasikan pengetahuan, menganalisis dan boleh membentuk satu pengetahuan yang baru melalui sintesis dan akhirnya membuat penilaian
·                  Efektif merupakan satu nilai dan perasaan. Ia boleh dijelaskan dengan konsep penerimaam rangsangan daripada penggunaan lima deria yang ada di dalam proses pembelajaran. Kemudian rangsangan ini akan memberikan satu reaksi dan tindak balas. Seterusnya akan menilai dan mengatur proses pembelajaran tersebut.
·                  Psikomotor merupakan satu kemahiran fizikal berlakunya pembiasan atau tingkahlaku peniruan bagi sesuatu kemajuan akan ditunjukkan. Kemahiran akan berkembang yang mana proses latihan akan dijalankan untuk membentuk satu habit. Apabila berlaku penyesuaian berlaku dan kemahiran telah dikuasai dan disesuaikan dengan situasi yang baru dan akhirnya akan berlaku naturalisasi yang mana latihan yang berterusan akan dilakukan bagi membina kemahiran yang jitu serta serta untuk mengekalkan kejituan.

 Gaya Pembelajaran Robert Gagne

·                  Pembelajaran bergerak ialah daripada yang mudah dan ke arah yang lebih kompleks.
·                  Penggunaan isyarat seperti kad imbasan adalah mudah dan tidak memerlukan penggunaan akal fikiran.
·                  Pembelajran rangsangan gerak balas yang membawa implikasi bahawa guru hendaklah memberikan pujian dan galakan kepada murid. Latihan dan kaedah cuba jaya dilakukan.
·                  Pembelajaran yang berangkaian yang mana guru menggunakan pendekatan pengulangan serta membuat sesuatu mengikut urutan pengajaran.
·                  Kemahiran komunikasi di antara guru dan pelajar biasanya menggunakan hujah. Interaksi dua hala adalah digalakkan untuk mendapatkan satu proses pembelajaran yang sempurna.
·                  Guru hendaklah mengenalpasti objektif dan menerangkan kepada pelajar agar pembentukan konsep mudah diperolehi.
·                  Guru menggunakan pendekatan dengan membuat perbandingan dan juga palikasi di dalam mata pelajaran tertentu.
·                  Guru hendaklah membuat bimbingan bagi mendiskriminasikan sesuatu fakta yang penting daripada yang kurang penting. 

 Model-model Gaya Pembelajaran




Carl Jung (1875-1961) mengkategorikan individu kepada dua kumpulan yang utama iaitu introvert  dan ekstrovert. Perbezaan dua kumpulan personaliti tersebut adalah berdasarkan kepada faktor-faktor berikut:
·         Mentafsir situasi atau fenomena
·         Penumpuan perhatian
·         Pemupukan tenaga
·         Membuat penilaian
·         Menetapkan keputusan
·         Mengawal pandangannya pada persekitaran
Menurut Carl Jung, setiap individu sama ada introvert ataupun ekstrovert memproses maklumat daripada persekitarannya sama ada secara imaginatif, intuitif, berasaskan perasaan ataupun logik.

 Model Kolb Learning Style Inventory (1984)

            Pengasasnya David Kolb telah mengklsifikasikan aktiviti pembelajaran pelajar kepada dua bahagian. Ia terdiri daripada persepsi dan pemprosesan. Setiap aktiviti pembelajaran ini boleh dibahagikan secara bertentangan. Sebagai contoh ada individu yang menerima maklumat secara berkesan melalui pengalaman yang konkrit atau pengalaman secara langsung. Selain itu terdapat juga individu lain menerima maklumat secara abstrak atau secara pengalaman simbolik. Berikut adalah huaian ciri-ciri gaya belajar Kolb yang sudah diubahsuai.
  
Akomodator
            Merupakan gabungan aktif dan pengalaman konkrit. Orientasi yang tertentu harus diberikan kepada pelajar. Pelajar belajar melalui kaedah mencuba hingga berjaya dan aktiviti penyelesaian masalah. Ciri-ciri pelajar akomodator adalah seperti berikut:
i.                     Menerima maklumat yang bersifat nyata dan spesifik dan memperosesnya dengan cara melakukan percubaan.
ii.                   Tidak mahir dalam membina teori dan idea.
iii.                 Cenderung mencari pengalaman baru dan melakukan pelbagai percubaan.
iv.                 Sanggup menerima sebarang risiko.
v.                   Berkebolehan membiasakan diri dalam suasana yang baru dan asing.
vi.                 Gemar mengikut gerak jati dan belajar menggunakan kaedah ‘cuba jaya’ dalam menyelesaikan sebarang masalah.
vii.                Sering bersikap tergesa-gesa dan cepat putus asa apabila berhadapan dengan maklumat yang susah difahami.
Diverger
            Gabungan peringkat pengalaman konkrit dan pemerhatian yang reflektif. Pelajar dalam kombinasi dimensi pembelajaran ini cenderung kepada penggunaan maklumat perolehan deria dan perasaan. Ciri-ciri pelajar adalah seperti berikut:
i.                     Menerima maklumat yang nyata dan spesifik dan membuat pemerhatian mendalam terhadap maklumat tersebut sebelum membuat keputusan.
ii.                   Kebolehan berimaginasi.
iii.                 Berkebolehan menjana pelbagai idea
iv.                 Cenderung dalam bidang kemanusiaan dan sastera.
v.                   Menggunakan pendekatan sosial dalam pembelajaran dan sensitif dengan perasaan.
Assimilator
            Merupakan gabungan dimensi pemikiran reflektif dan konseptualisasi abstrak. Orientasi pembelajaran berbentuk teori dan pemikiran abstrak.
i.                     Menerima maklumat bersifat abstrak dan rumit serta memprosesnya dengan cara membuat pemerhatian yang mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.
ii.                   Kekuatannya adalah daripada segi kebolehan membuat model teoritikal.
iii.                 Berkebolehan menggabungkan pelbagai idea bagi membentuk suatu konsep
iv.                 Tidak minat bersosial hanya cenderung ke arah keberkesanan sesuatu teori atau idea dan bukannya nilai praktikalnya.

Konverger
Gabungan peringkat konseptualisasi abstrak dan eksperimen aktif. Pelajar-pelajar lebih cenderung memperoleh kefahaman yang baik terhadap idea-idea yang praktikal berdasarkan pemerhatian mereka.
i.                     Menerima maklumat yang bersifat abstrak dan rumit dan memprosesnya dengan cara melakukan percubaan.
ii.                   Tidak gemar berimaginasi.
iii.                 Mencari hanya satu idea yang paling logik dan tepat dalam menyelesaikan masalah.
iv.                 Tidak gemar menjana pelbagai idea.
v.                   Tidak bersifat emosi dan lebih gemar berhubung dengan alat-alatan daripada orang ramai. 


 Model Dunn dan Dunn




Model  ini dicipta oleh Dr. Rita Dunn dan Dr. Kenneth Dunn. Model ini    mencadangkan bahawa gaya pembelajaran seseorang pelajar berganutng kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus seperti dalam jadual berikut:

Prinsip-prinsip Model Pembelajaran Dunn & Dunn
·                  Kebanyakkan individu mampu dan boleh belajar
·                  Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu
·                  Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, bersesuaian dengan gaya pembelajaran dan sekaligus mengoptimumkan proses pembelajarannya.
           
  
Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) 1985

Menurut MBTI, baka memainkan peranan penting dalam pembentukan dan personaliti seseorang. Kanak-kanak yang diasuh dengan penuh demokratik dan penuh kebebasan akan menunjukkan dengan jelas ciri-ciri ekstrovert iaitu dapat menyesuaikan diri dengan cepat, peramah, mudah berinteraksi dengan orang lain, bebas daripada perasaan bimbang dan berminat dengan pelbagai jenis sukan.
MBTI juga berpendapat pelajar yang berpersonaliti introvert lebih memfokuskan ke dalam diri sendiri. Mereka tidak gemarkan aktiviti-aktiviti sosial yang tentunya melibatkan hubungan interpersonal. Selain itu, mereka bersifat pasif, sensitif dan pemalu, mereka juga gemar bekerja secara sendirian. Walaupun golongan ini tidak mempunyai ramai rakan, tetapi mereka mempunyai ikatan persahabatan yang berpanjangan.


Herman Brain Dominee Instrument (HBDI)
            Model ini dibangunkan oleh Hermann Witkin pada tahun 1962. Fungsi model ini adalah untuk membantu pelajar memahami secara mendalam gaya pembelajaran serta dapat membuat strategi pembelajaran mereka sendiri. Malah model ini dapat membantu pengajar memahami pelajar-pelajar mereka. Model ini berkonsepkan penggunaan otak manusia. Model gaya belajar HBDI dibentuk mengikut kecenderungan relatif pelajar untuk berfikir berdasarkan fungsi dan tugas-tugas spesifik bahagian-bahagian otak iaitu:
Bahagian A:              Otak kiri atau cerebral. Pelajar berkecenderungan berfikir secara logik, analitis, fakta dan kuantitatif.
Bahagian B:              Otak kiri atau limbic. Pelajar berkecenderungan berfikir secara terangkai, berstruktur, terperinci dan terancang.
Bahagian C:             Otak kanan atau limbic. Aktiviti berfikir melibatkan perasaan, interpersonal, sensori, kinestetik dan simbolik.
Bahagian D:             Otak kanan atau cerebral. Pelajar berkecenderungan berfikir secara visual, holistik dan inovatif

 Model Felder – Silverman Learning Style
Model ini dibangunkan oleh seorang profesor Kejuruteraan Kimia iaitu Richard Felder dan ahli psikolologi pendidikan, Linda K. Silverman. Model gaya pembelajaran ini direka cipta untuk digunakan pada pelajar jurusan teknikal. Tujuan model ini adalah untuk mendorong kepada penyeimbangan penggunaan kaedah pengajaran dan bukan mengikut gaya yang disukai oleh guru. Index of Learning Style (ILS), digunakan sebagai instrumen untuk menentukan gaya pengajaran, di mana empat dimensi diambil kira. Setiap dimensi terdiri daripada dua pola yang bertentangan, iaitu aktif atau reflektif, sensing atau intuitif, visual atau verbal dan jujukan atau global. Dimensi-dimensi tersebut ialah:
i.                     Sensing (berorientasi praktikal) atau Intuitif (berorientasikan teori)
ii.                   Aktif (belajar dengan mencuba) atau Reflektif (belajar dengan berfikir)
iii.                 Visual (Memilih penggunaan visual dalam pembelajaran ) atau Verbal (Memilih pembelajaran secara lisan)
iv.                 Sequential (berfikiran secara linear) atau Global (Berfikiran secara meluas)


Implikasi Gaya Pembelajaran Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
 Kurikulum
Guru meletakkan dan menekankan intuisi, perasaan,sensing dan imaginasi untuk mendorong murid menganalisis, memberikan alasan dan menyelesaikan masalah secara tersusun.

 Bimbingan
i.                     Guru sepatutnya mereka satu bentuk bimbingan untuk menghubungkan bentuk gaya pembelajaran dengan mengambil unsur pengalaman, refleksi,conceptualization dan ujikaji
ii.                   Guru boleh mendedahkan murid dengan pelbagai unsur pengalaman di dalam bilik darjah. Contonya, unsur bunyi, muzik, visual, pergerakan, perbualan dan percakapan.

Penilaian
Guru sepatutnya melaksanakan pelbagai bentuk teknik penilaian yang memberikan fokus pada perkembangan terhadap kapasiti otak secara keseluruhan yang berkaitan dengan gaya pembelajaran.



if the children cannot learn the way we teach them,
 then we must teach them the way they learn”.


1 comment: