Sunday, 14 August 2016

STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Punca-punca Daya ingatan berkurang

Tidur
Kurang tidur dan insomnia merupakan antara punca berkurangnya daya ingatan. Tidur malam yang cukup sangat penting untuk memastikan daya ingatan berfungsi dengan baik. Kajian  telah membuktikan bahawa setiap manusia memerlukan sekurang-kurangnya tidur selama enam jam untuk memastikan otak berfungsi pada tahap semaksima mungkin.  Selain itu, dengan tidur yang cukup kita juga dapat menangani tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian.




Alkohol dan ubat-ubatan
Pengambilan alkohol dan ubat-ubatan secara berlebihan akan mengakibatkan pengurangan daya ingatan serta pengurangan kemampuan intelektual yang lain. Mereka yang mengambil alkohol akan mengalami masalah daya ingatan jangka pendek, kemudian amnesia dan seterusnya masalah daya ingatan jangka panjang. Pengambilan alkohol secara sederhana iaitu satu hingga dua gelas untuk lelaki dan satu gelas untuk wanita pada setiap hari tidak akan membahayakan otak. Namun, pengambilan alcohol yang berlebihan merupakan racun bagi otak dan akan mengurangkan daya ingatan. Ubat-ubatan juga dapat membahayakan otak dan mengurangi kemampuan mental. Sebagai contoh, ubat estacy boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada otak.
Kekurangan Vitamin B12
Vitamin B12 diperlukan agar otak agar dapat berfungsidengan baik. Pengamalan diet makanan yang seimbang akan memberikan tubuh segala vitamin dan mineral yang diperlukan.
Vitamin B12 dapat ditemui pada ikan, telur, daging, susu dan produk tenusu. Vitamin ini dapat membantu kelancaran sistem peredaran darah dan meningkatkan tahap kesihatan otak.



TEKNIK MENGINGAT


Mnemonik


Chunking
1.    Mengumpul beberapa maklumat yang tidak berkaitan menjadi suatu kumpulan mengikut keseragaman tertentu.
2.    Melakukan pemecahan kepada beberapa kumpulan tertentu ( chunking )



RUJUKAN :-











No comments:

Post a Comment