![mun urus masa](https://pengurusanpembelajaran.files.wordpress.com/2016/08/mun-urus-masa.jpg?w=395&h=304)
MASA ITU EMAS
As-Syahid Hassan Al-Banna pula jelas mengaitkan masa dengan kehidupan,“Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”.
Manusia ini seringkali terleka dengan masa lapang dan mudah saja lalai dengan kehidupan fana. Kadangkala sudah bertekad dan berazam untuk menggunakan masa dengan baik, namun akhirnya kecundang jua, jalan pembaziran yang menjadi pilihan untuk dilalui. Begitulah hakikat makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini.
Sesungguhnya, Allah s.w.t telah berjanji dengan masa:
Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. ( Surah al-‘Asr, ayat 1 hingga 3)
Melalui ayat di atas, kita mengetahui bahawa manusia akan terus berada dalam kerugian kecuali bagi orang mukmin yang sedar akan kepentingan masa lalu menggunakan masa tersebut untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta memberi peringatan untuk manfaat diri sendiri dan masyarakat sekeliling secara umumnya.
Namun berapa ramaikah yang mengambil pengajaran daripada ayat di atas? Terlalu ramai yang tersungkur di pentas arena dunia fana apabila dikaitkan dengan pengurusan masa. Mereka lebih rela menghabiskan masa yang terluang dengan perkara yang membawa kepada keseronokkan, yang dapat menghiburkan hati mereka, tanpa sedikit pun memikirkan tentang detik kematian yang saban hari mendekati mereka!
STRATEGI PENGURUSAN MASA
Rujukan :-
No comments:
Post a Comment