Penetapan matlamat diri dan akademik boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah SMART.
Apa itu kaedah SMART?
![05fig03.png](https://pengurusanpembelajaran.files.wordpress.com/2016/08/05fig03.png?w=444&h=632)
SMART merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam matlamat anda dan ianya diamalkan oleh kebanyakan organisasi dan syarikat seluruh dunia sebagai panduan dalam menetapkan sasaran mereka.
SMART ialah kata singkatan yang terdiri seperti berikut:
Specific : Terperinci
Measurable : Boleh diukur
Attainable : Boleh dicapai
Realistic : Munasabah
Time Based : Mempunyai had masa tertentu
Tujuan adanya matlamat bercirikan SMART di atas ialah kerana untuk menjelaskan matlamat dan memastikan ianya boleh dicapai. Tiada gunanya mempunyai matlamat jika ia kabur dan mustahil.
Setiap ciri-ciri SMART di atas ada penjelasannya. Matlamat yang terperinci adalah lebih bermakna daripada matlamat yang umum. Sasaran anda perlulah spesifik. Kalau tidak spesifik dua perkara yang akan berlaku: pertama, anda dengan mudahnya mencapai matlamat itu dan kedua, anda dapati yang apa yang anda dapat bukan apa yang anda mahu.
Sebagai contoh, jika anda berkeinginan untuk mendapatkan pekerjaan, adakah anda tetapkan matlamat umum dengan sekadar untuk mendapatkan pekerjaan? Jika itu matlamat anda mungkin ia tidak sesukar mana kerana banyak kerja kosong terutamanya di tahap rendah. Tetapi jika anda seperti kebanyakkan orang, anda mestilah mahu bidang kerja yang sepadan dengan kelayakkan anda. Untuk ini tetapkanlah matlamat mencari kerja anda secara terperinci. Fikirkan tentang bidang kerja yang sepadanan, industri, lokasi dan gaji.
Jika matlamat anda sudah spesifik, kemungkinan besar matlamat anda boleh diukur. Dalam contoh mencari kerja di sini, anda tahu berapa banyak kerja kosong yang menetapi ciri-ciri kerja yang anda mahu dan berapa banyak permohonan kerja yang anda perlu buat. Anda juga tahu bagaimana kelayakkan orang yang dicari oleh majikan dan bandingkan dengan kelayakkan anda. Dengan ini anda boleh mengambil langkah untuk memenuhi kelayakkan yang dikehendaki oleh majikan.
Andainya tiada kerja kosong yang menetapi ciri-ciri anda, dengan matlamat SMART, anda tahu yang matlamat yang telah ditetapkan itu mungkin tidak boleh dicapai kerana ia tidak munasabah. Mungkin apa yang anda cari bukan realiti yang berlaku dalam pasaran pekerjaan yang ada. Jadi, apa yang anda perlu lakukan ialah dengan mengkaji semula matlamat itu supaya ia menetapi ciri-ciri yang boleh dicapai dan juga munasabah. Ini tidak semestinya menurunkan ‘standard’ anda tetapi dikira sebagai mencari jalan alternatif.
Akhir sekali, ciri kelima iaitu had masa tertentu mestilah ditetapkan, lebih-lebih lagi dalam hal mencari kerja. Macam mana hendak hidup jika tiada pekerjaan? Walaupun ketika anda tidak mempunyai masalah kewangan, deadline juga perlu kerana tanpanya anda akan berlengah dan tidak akan berusaha.
Rujukan :-
No comments:
Post a Comment