Sunday, 14 August 2016

PENGURUSAN MASA

mun urus masaSTRATEGI PENGURUSAN MASA

MASA ITU EMAS           

As-Syahid Hassan Al-Banna pula jelas mengaitkan masa dengan kehidupan,“Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”.
 Manusia ini seringkali terleka dengan masa lapang dan mudah saja lalai dengan kehidupan fana. Kadangkala sudah bertekad dan berazam untuk menggunakan masa dengan baik, namun akhirnya kecundang jua, jalan pembaziran yang menjadi pilihan untuk dilalui. Begitulah hakikat makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini.
Sesungguhnya, Allah s.w.t telah berjanji dengan masa:
Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. ( Surah al-‘Asr, ayat 1 hingga 3)
Melalui ayat di atas, kita mengetahui bahawa manusia akan terus berada dalam kerugian kecuali bagi orang mukmin yang sedar akan kepentingan masa lalu menggunakan masa tersebut untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta memberi peringatan untuk manfaat diri sendiri dan masyarakat sekeliling secara umumnya.
Namun berapa ramaikah yang mengambil pengajaran daripada ayat di atas? Terlalu ramai yang tersungkur di pentas arena dunia fana apabila dikaitkan dengan pengurusan masa. Mereka lebih rela menghabiskan masa yang terluang dengan perkara yang membawa kepada keseronokkan, yang dapat menghiburkan hati mereka, tanpa sedikit pun memikirkan tentang detik kematian yang saban hari mendekati mereka!

STRATEGI PENGURUSAN MASA

 Rujukan :-

PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK


Penetapan matlamat diri dan akademik boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah SMART.
Apa itu kaedah SMART?
05fig03.png
SMART merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam matlamat anda dan ianya diamalkan oleh kebanyakan organisasi dan syarikat seluruh dunia sebagai panduan dalam menetapkan sasaran mereka.
SMART ialah kata singkatan yang terdiri seperti berikut:
Specific               :               Terperinci
Measurable        :                Boleh diukur
Attainable          :                 Boleh dicapai
Realistic              :               Munasabah
Time Based         :               Mempunyai had masa tertentu
Tujuan adanya matlamat bercirikan SMART di atas ialah kerana untuk menjelaskan matlamat dan memastikan ianya boleh dicapai. Tiada gunanya mempunyai matlamat jika ia kabur dan mustahil.
Setiap ciri-ciri SMART di atas ada penjelasannya. Matlamat yang terperinci adalah lebih bermakna daripada matlamat yang umum.  Sasaran anda perlulah spesifik.  Kalau tidak spesifik dua perkara yang akan berlaku: pertama, anda  dengan mudahnya mencapai matlamat itu dan kedua, anda dapati yang apa yang anda dapat bukan apa yang anda mahu.

Sebagai contoh, jika anda berkeinginan untuk mendapatkan pekerjaan, adakah anda tetapkan matlamat umum dengan sekadar untuk mendapatkan pekerjaan? Jika itu matlamat anda mungkin ia tidak sesukar mana kerana banyak kerja kosong terutamanya di tahap rendah. Tetapi jika anda seperti kebanyakkan orang, anda mestilah mahu bidang kerja yang sepadan dengan kelayakkan anda. Untuk ini tetapkanlah matlamat mencari kerja anda secara terperinci. Fikirkan tentang bidang kerja yang sepadanan, industri, lokasi dan gaji.
Jika matlamat anda sudah spesifik, kemungkinan besar matlamat anda boleh diukur. Dalam contoh mencari kerja di sini, anda tahu berapa banyak kerja kosong yang menetapi ciri-ciri kerja yang anda mahu dan berapa banyak permohonan kerja yang anda perlu buat. Anda juga tahu bagaimana kelayakkan orang yang dicari oleh majikan dan bandingkan dengan kelayakkan anda. Dengan ini anda boleh mengambil langkah untuk memenuhi kelayakkan yang dikehendaki oleh majikan.
Andainya tiada kerja kosong yang menetapi ciri-ciri anda, dengan matlamat SMART, anda tahu yang matlamat yang telah ditetapkan itu mungkin tidak boleh dicapai kerana ia tidak munasabah. Mungkin apa yang anda cari bukan realiti yang berlaku dalam pasaran pekerjaan yang ada. Jadi, apa yang anda perlu lakukan ialah dengan mengkaji semula matlamat itu supaya ia menetapi ciri-ciri yang boleh dicapai dan juga munasabah. Ini tidak semestinya menurunkan ‘standard’ anda tetapi dikira sebagai mencari jalan alternatif.
Akhir sekali, ciri kelima iaitu had masa tertentu mestilah ditetapkan, lebih-lebih lagi dalam hal mencari kerja. Macam mana hendak hidup jika tiada pekerjaan? Walaupun ketika anda tidak mempunyai masalah kewangan, deadline juga perlu kerana tanpanya anda akan berlengah dan tidak akan berusaha.
Rujukan :-





PENGENALAN MATLAMAT DIRI


Dalam pengajian akademik, penetapan matlamat telah menjadi satu subjek kajian yang menyeluruh, walaupun teori-teori berkenaan dengannya hanya muncul pada era 1960-an. Hasil kerja Edwin Locke, seorang pakar psikologi dari Amerika Syarikat pada tahun 1966 menjadi perintis terhadap banyak kajian akademik lain berhubung dengan penetapan matlamat dan prestasi kerja. Hasil kerja beliau telah diterima ramai sebagai antara penyumbang utama dalam menjelaskan teori motivasi walaupun ia lebih cenderung pada aplikasi di tempat kerja.
Kajian beliau berterusan untuk mencari penyelesaian pada persoalan – bagaimana niat seseorang dalam mencapai sesuatu boleh dihubungkaitkan dengan pencapaian sebenar mereka? Inilah asas kepada penetapan matlamat – ianya semudah menetapkan niat untuk mencapai sesuatu. Jadi dalam kajian itu, beliau cuba mencari hubungkait sama ada seseorang yang menetapkan sasaran untuk pencapaian yang tinggi, adakah pencapaiannya akan lebih dari sebelumnya (yakni tanpa sebarang sasaran) ?
Dua penemuan utama yang didapati oleh beliau ialah:
  1. Matlamat yang jelas dan spesifik adalah lebih baik dari matlamat yang kabur. Sebagai contoh – sekadar berkata “Saya ingin buat yang terbaik penilaian itu” atau ‘Saya ingin berkerja lebih kuat dari sekarang” tidak begitu efektif kerana tidak jelas dan spesifik. apa yang dimaksudkan dengan ‘terbaik’ dan ‘berkerja lebih kuat’? Adalah lebih baik untuk anda berkata “Saya ingin capai markah 90% dalam penilaian itu” atau “Saya ingin bekerja 2 jam lebih dari sekarang”.
  2. Matlamat yang sukar adalah lebih baik dari matlamat yang mudah. Ini kerana kita akan lebih bermotivasi untuk mencapai matlamat yang sukar. Pencapaian matlamat itu juga akan menjadi lebih bermakna. Sebagai contoh, jika anda teringin masak makan yang sedap, menetapkan matlamat untuk masak ikan asam pedas contohnya, adalah lebih bermakna dari hanya masak Mee Segera Perisa Asam Laksa kerana ikan asam pedas lebih sukar dimasak tetapi anda puas dengan nikmat hidangan itu.
Dua penemuan utama Edwin Locke ini merintis jalan kepada beberapa penemuan lain yang dilakukan oleh beliau dan juga pengkaji-pengkaji lain seperti Dr. Gary Latham selepas itu. Beberapa konsep berkaitan seperti komitmen terhadap matlamat, maklum balas terhadap prestasi dan hasil kerja, dan tahap kesukaran tugas telah mengukuhkan teori penetapan ramai sehingga ianya diterima umum sehingga kini.  Menerusi penemuan merekalah muncul konsep mudah diingat iaitu SMART dalam penetapan matlamat.
Kesimpulannya, untuk berjaya, kita memerlukan kekuatan dalaman dalam menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Untuk berjaya juga terlalu banyak yang perlu dilakukan. Terlalu banyak pengorbanan yang perlu dibuat. Banyak yang perlu dibaca, banyak latihan yang perlu dibuat. Namun, perancangan yang sistematik serta penetapan matlamat diri dan cara belajar secara efektif banyak membantu pelajar menguruskan masa dengan sebaik-baiknya. Yang penting, mulakan langkah pertama dengan menentukan matlamat hidup dan aturkanlah langkah satu demi satu. Pelajar akan dapat mengatasi masalah ‘stres’ dan lebih tabah menghadapi apa jua rintangan dan seterusnya berjaya mencapai apa yang diimpikan. Insyaallah.
Rujukan :-